Thursday, March 4, 2010

Usrah oh USRAH !

Usrah ...
Sebuah institusi yang berperanan meningkatkan kefahaman tentang ISLAM ..


Apa itu usrah ?

Berdasarkan pengalaman berusrah bersama beberapa orang naqib serta ceteknya pengetahuan diri sendiri tentang bagaimana sistem usrah berfungsi, dapatlah digambarkan usrah itu sebagai proses "suap-menyuap" di antara dengan naqib dengan anak-anak buahnya. Kadangkala dapat dikategorikan juga usrah sebagai satu medan untuk "dibrainwash" minda pemuda-pemudi supaya menurut kemahuan dan kepentingan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, sistem usrah yang diharapkan mampu melahirkan pembela-pembela ISLAM suatu hari nanti, menjadi "kilang produk" mangsa percaturan golongan kafir dan munafik yang mahu menegakkan agenda masing-asing!

Bunyinya sungguh menjengkelkan, namun itulah hakikatnya.


Peranan usrah.

Sejak kejayaan demi kejayaan projek pembodohan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan yang sedia ada dapat dituai, semakin bodohlah rakyat Malaysia dengan kewujudan pendidikan alternatif melalui sistem usrah yang sedia ada.

Usrah sepatutnya berperanan sebagai satu medium pertukaran idea, satu medium berkonflik, yang WAJIB dicetuskan oleh setiap anak usrah. Alangkah malangnya anak-anak usrah, sudahlah di kelas disuap-suap oleh pensyarah, dalam usrah pun diperlakukan sebegitu rupa jua! Lama-kelamaan lahirlah satu generasi "pak turut" yang hanya mematuhi segala kehendak nafsu serakah tuannya tanpa boleh membuat pertimbangan yang rasional.

Kefahaman, bukanlah bermaksud memahami atau mampu menjawab soalan-soalan yang ditujukan dengan sempurna. Sebaliknya, ditafsirkan sebagai kemampuan untuk mengkritik dengan cemerlang bertujuan untuk membina dan memberi refleksi terhadap kefahaman diri sendiri berkenaan sesuatu isu.

Dengan wujudnya konflik, maka bermulalah proses kritik-mengkritik, yang mampu menghasilkan satu ledakan imaginasi yang asli dan kreatif hasil daripada pemikiran anak-anak usrah. Perlu diingat, kritik bukanlah bertujuan untuk "menegakkan benang yang basah", tetapi adalah untuk membina satu kemahiran melihat "satu fenomena" dari pelbagai sudut serta membaikpulih keadaan dengan menyumbang kepada idea-idea bernas - dengan penuh keyakinan.


Permasalahan usrah.

Secara kasarnya dapat dihuraikan bahawa keahlian usrah pelajar biasanya menarik minat golongan-golongan "hard science" dengan lambakan penyertaan daripada pelajar-pelajar kejuruteraan dan kedoktoran. Puncanya, mereka ini menganggap penyertaan usrah mampu mengisi kelompongan ilmu islam yang mereka hadapi. Lain pulanya halnya jika dikaitkan dengan penyertaaan golongan "soft science" ataupun "social science" . Berbekalkan falsafah-falsafah serta susur galur sejarah pembentukan masyarakat dunia ini, frasa-frasa seperti "Demokrasi tidak wujud di dalam ISLAM" sudah tentu menyebabkan jiwa mereka tidak tenteram dan serba tak kena. Golongan-golongan inilah yang akan menggali habis-habisan frasa yang dinyatakan naqib mereka berlandaskan pengetahuan mereka untuk menimbulkan konflik dalam usrah seterusnya menghasilkan kritikan-kritikan yang cemerlang terhadap idea-idea yang kelihatan asing di dunia islam. Golongan "hard science" yang merasakan diri mereka ini telah menyumbang kepada faktor kemenangan islam dengan memenuhi slot-slot yang disediakan, pada hakikatnya mereka ini dalam keadaan sedar tidak sedar, telah melambatkan pergerakan islam!

Namun begitu, ini tidaklah bermakna golongan-golongan dari "hard science" ini tidak dapat membantu dalam menghasilkan satu cetusan idea yang menarik. Golongan-golongan ini perlulah terlebih dahulu mahir dalam "membaca" persekitaran dan sentiasa sensitif terhadap isu-isu semasa. Di tambah pula dengan kelahiran pelbagai jenis ideologi serta fahaman karut yang timbul di dalam masyarakat. Pengetahuan sampingan melalui PEMBACAAN serta PENGKAJIAN buku-buku falsafah, sosial dan sejarah mampu menampung menutup kelompongan yang sedia ada.

Tidak hairanlah semakin hari semakin ramai pelajar yang menjadi robot lahir di Malaysia. Sudah-sudahlah suap-menyuap itu wahai naqib-naqib sekalian. Banyaknya pengetahuan tidak bererti tingginya kefahaman. Pengetahuan tanpa kefahaman hanyalah ibarat satu lapisan menara buku, terlanggar sikit pun dah tumbang ... apatah lagi kalau dirempuh!

7 comments:

  1. 3 rukun usrah, iaitu taaruf, tafahum dan takaful.
    Adakah semua institusi 'usrah' berjaya menerap rukun2 tersebut...????
    Pengalaman ana tak semua...malah kebanyakannya mmg lebih kpd aper yg penulis blog ingin sampaikan...Suap menyuap...

    Pengalaman ana, byk usrah ana dah join...tapi xde satu pun yg kekal.
    Di sini peranan naqib yg harus dipersalahkan...sbb lari konsep.
    Nak jadi naqib bukan perkara yg mudah...not just melepaskn batuk ditangga or suap2 makan2, minum2...after months or maybe a year or 2, hilang...loss contact. Lesap...then hancus la institusi usrah tersebut.

    Usrah ialah sebuah keluarga...dimana naqib berperanan sbg Bapa kpd ahli2 usrah tersebut. Tugas naqib tersebut bkn sekadar menentukn tempat, masa, topic perkongsian 'modul pembangunan insan'...malah dia harus memupuk 3 konsep diatas.

    Contohnya...ana disini ade join usrah...di mana ia lain dri usrah2 yg ana pernah join...very interactive,x bosan,involving many different aspect in life. Kami bukan sahaja mengadakan perjumpaan usrah setiap minggu, malah kami bermain sama2, berkongsi masalah, study, mengenali satu sama lain, melancong, discuss pasal future planning, future wife..hhehe etc...byk lgi activity...sampai memasak di dapur. Apabila sudah mengenali masing2, hubungan dah kukuh...institusi usrah tersebut akan menjadi kuat...then akan bina masyarakat islam yg kukuh. Ttp malangnya hanya beberapa usrah sahaja yg kuat dan mengamalkan 3 konsep di atas. Most yg lain...konsep suap menyuap.
    Itu adalah salah satu masalah di dlm institusi usrah.

    Lagi 1 masalah...2nd main problem in usrah from what i see...
    Assabiyah...among usrah and another usrah, or between usrahnian and non-usrahnian.
    Mcmane nak sebarkan dakwah klu asyik nak ber'kroni' dlm masyarakat...???

    Just pendapat jer...klu salah ana minta maaf eh. Sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. http://saifulislam.com/?p=2579

    baca yg ni sas..

    ReplyDelete
  4. pendapat peribadi..
    kenapa Hassan al-Banna 'memulakan' usrah?
    betul ada yg kata usrah bermula dizaman
    Nabi Muhammad SAW..tapi ramai ustaz-ustaz kata yang sebetulnya secara rasmi nama usrah dan usrah bermula pada zaman Hassan Al-Banna.

    berbalik kepada soalan..kenapa al-Banna hidupkan usrah?
    Tak lain dan tidak bukan, kita tgok matlamat akhir..untuk cari pelapes baru IM.
    Rukun usrah terjadi mengikut flow baik jika ditarik masuk IM pada masa itu.

    sama Pada masa sekarng juga...tapi byk sgt pecahan2 yg claim mereka itu adalah IM...

    Disebabkn oleh sebab ini...jangan lah anda memandang usrah sebagai tempat yg 'perfek' mengikut ap yg anda fikir...kerna setiap perkara berlaku..ada sebabnya...

    ReplyDelete
  5. Usrah adalah salah satu metod pendidikan (tarbiyah), proses yang tidak berpenghujung.

    Selama pengendalinya bernama manusia, pasti akan lahir masalah. Sedang sistem syariat yang sempurna (Islam) itu sendiri apabila dijalankan manusia (atas sebab kelemahan manusia) juga timbul beberapa komplikasi (yang memerlukan kepada pengalaman dan pengamatan untuk tindakan-tindakan koreksi).

    Dampak negatif seperti di atas terjadi apabila banyak orang yang mengaku usrah patut begitu begini tidak sendiri turun memperbaiki keadaan.

    Banyak yang berpuas hati dengan sekadar komentar sedang pengalaman di medan tidak pernah dicabar.

    "Mencangkul angin dengan harapan tanah akan tergembur subur adalah sia-sia."

    -Ayuh, sama-sama menjadi pengkritik yang bekerja!-

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...satu perkongsian yang menarik...
    Persoalan usrah yang diutarakan sungguh menarik, kerana persoalannya bersifat realiti dan berlaku tidak mengira persatuan mana sekalipun...

    Hatta, ada yang tersilap anggap bahawa usrah ini adalah satu aktiviti rasmi dalam takwim persatuan yang mesti ada...sedangkan usrah ini adalah uslub dakwah...
    Ada yang menganggap usrah cuma dalam bentuk 'circle'sahaja, padahal ianya hanyalah sebahagian daripada usrah...

    Maka, saya berpendapat bahawa kita mesti memperbaiki mutu usrah secara bersama dari masa ke masa dalam usaha melahirkan insan yang bertaqwa...

    ReplyDelete
  7. salam'alaikum,

    mantap.satu lontaran pandangan yang kritikal terhadap sistem 'usrah' yang sekian banyak bercambah hari ini.

    1. kenapa usrah tidak berjaya menerapkan 3 rukun usrah (ta'aruf, tafahhum, takaful)?
    - pada pandangan ana, kebanyakan institusi usrah tidak meletakkan/ mempunyai objektif yang jelas yang sejajar dengan asas usrah itu sendiri. kebanyakkan usrah hanyalah program mengisi masa lapang student ataupun mereka menyangka inilah alternatif terbaik untuk jadi baik! maka naqib sekadar mencurahkan ilmu dengan harapan ilmu itu akan mengukuhkan peribadi anak usrah. makanya ia jadi liqa' (pertemuan) ilmu..jika majlis ilmu, tidak perlu pada perkenalan dan saling menggalas beban. cukup sekadar kefahaman (tafahhum), itupun belum 100% pasti berjaya diterapkan.

    2. kenapa usrah itu bosan?
    - usrah memang membosankan! kerana ia hanyalah salah satu wasilah (medium) tarbiyah yang perlu diterapkan selari dengan wasa'il yang lain. itu perlunya daurah, rehlah, katibah, mukhayyam etc..ramai naqib menjalankan usrah sekadar pertemuan 2 jam atau lebih seminggu sekali. dengan pertemuan itu, dia mengharapkan agar mampu melahirkan orang yang bekerja untuk islam? mana mungkin, sedangkan anak usrah tidak diuji dengan kapayahan, tidak didik bangun malam etc. usrah ialah institusi 'sentiasa bersama', makanya ia menjadi medan pentarbiyahan yang effektif dan interaktif.

    3. kenapa usrah itu namany usrah?
    - ketika SIHAB mewujudkan sistem usrah, sewaktu itu, institusi keluarga tidak lagi berjaya menjadi sumber kepada bi'ah soleh. makanya, institusi 'keluarga' diperbaharui dan diberikan nafas baru agar boleh mengambil alih peranan membina keperibadian muslim, mendapatkan kasih sayang dan perhatian ahli, medan perbincangan yang menjurus kepada amal. lahirlah usrah. oleh yang demikian, naquba' perlu melihat usrah sebagai sebuah keluarga yang mementingkan isu pendidikan, perkembangan peribadi & akhlak etc ahli2 nya.

    4. adakah usrah itu tanggung jawab naqib?
    - kalau keluarga, adakah beban menjaga keharmonian keluarga hanya terpikul atas pundak ayah sebagai ketua keluarga? tidak bukan, maka ana lihat, ada pandangan yag terus menyalahkan naqib jika institusi usrah itu tidak berjaya. bagaimana peranan anak usrah? dari segi komitmen, menjaga hubungan antara ahli, menjalankan tanggungjawab dalam usrah..jika anak usrah pun tidak bersama menjayakan agenda usrah, 'keluarga' itu juga akan punah. tidak dinafikan awalnya memang naqib perlu memberikan komitmen yang lebih, dan anak usrah juga perlu bersama.

    pernah dengar ungkapan "usrah bermula dengan tasbih kifarah dan berakhir dengan alfatihah"?

    sekadar respon pandangan. moga ia bernfaat :) -qayyim

    ReplyDelete